Seorang ulama kanan Iran berkata kira-kira 50,000 daripada 75,000 masjid di
Iran ditutup, menunjukkan bilangan penduduk Iran yang datang ke masjid
semakin berkurangan.
Berkhidmat sebagai penghubung antara pentadbiran Ebrahim Raisi dan seminari
negara, Mohammad Abolghassem Doulabi pada Khamis berkata, jumlah itu adalah
“pengakuan membimbangkan” bagi sebuah negara yang dibina berdasarkan prinsip
Islam.
Menurut laporan Iran International, Abolghassem menyuarakan kekesalannya ke
atas bilangan rendah orang Islam yang terlibat dalam ibadah.
Abolghassem yang juga ahli Perhimpunan Pakar bagi badan perundingan yang
diberi kuasa melantik pemimpin tertinggi berkata, keputusan agama di Iran
menyebabkan orang ramai meninggalkan agama.
Menekankan kelemahan keagamaan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya
melemahkan legitimasi kerajaan memerintah dengan diktator agama, beliau
berkata “apabila orang melihat kepada output agama, mereka memutuskan untuk
masuk agama atau keluar agama”.
“Ia juga dengan sebab “penghinaan orang atas nama agama,” “pemalsuan konsep
dan ajaran agama,” dan “merampas kehidupan yang sepatutnya serta mewujudkan
kemiskinan atas nama agama”.
Beliau membuat kenyataan itu ketika semakin ramai rakyat Iran dari semua
peringkat umur semakin bosan dengan justifikasi negara itu terhadap
Islam.
Perkara itu juga dianggap sebagai asas pemerintahan diktator Iran yang
kejam, dicerminkan protes ganas sejak September lalu berikutan kematian
dalam tahanan Mahsa Amini, yang ditahan kerana penggunaan tudung tidak
sesuai.
Copas dari https://themerdekatimes.com/news/2023/06/ulama-dakwa-agama-makin-melemah-di-iran-selepas-50000-masjid-ditutup/
No comments:
Post a Comment